MY LOVE...MY SOUL...MY HEART

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Wednesday, 15 February 2012

Bye2 kereta mini..

Akhirnya,semalam,kereta mini hubby dah pon terjual...kete comey tu memang hak milik hubby sejak 1976....... Dulu masa memula kawin ngan hubby 2007,kereta tu memang dah tak jalan keluar lg ,hanya tersimpan tak pakai2 kat opis hubby kat Lukut ,PD.... ada jugak saya pujuk2 hubby hidupkan roadtax kete tu & repair mana yg patut sebab saya nak pakai tp hubby tak bagi.. Katanya mana sesuai kete tu dah lah kecik,kete lama plak tu.. Jgn hanya d sebabkan kereta tu skrg dah glamer balik jadi ikutan,tu menyebabkan saya nak pakai.... Padahal hubby kata saya mesti tak selesa dgn kereta tu... Seat pon keras... Jauh lg sedap naik kereta yg ada sekarang ni....hehehe... Betul gak kan???
Kereta besar ada buat apa nak gatal2 naik kereta kecik & comey tu??saya sendiri pon lom penah naik kereta mini hijau hubby ni...




Ni lah kereta mini tu... Dok tersimpan kat dalam ofis..(ground floor)

Ramai yg nak beli termasuk abang & adik lelaki saya, tp sebelum ni hubby taknak jual... At last,hubby jual jugak kat kawan dia,penguatkuasa Imigresen Port Dickson..tupon sebab org tu dah pujuk & beria2 nak beli.... Org tu beli pon untuk anak bujang dia.....tak silap rm7 k hubby jual...

So semalam hubby bwk kete mini tu ke JPJ Seremban,uruskan pertukaran nama,hidupkan roadtax...& akhirnya sah lah kereta tu bertukar tangan dan hak milik.....


- Posted using BlogPress from my iPhone

No comments:

MEMORY SONG between ME & HUBBY