MY LOVE...MY SOUL...MY HEART

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Thursday 11 August 2011

kurangkan suhu aircond

Buletin Utama TV3 malam ni tadi ...Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun  Razak mengarahkan semua kementerian dan agensi kerajaan memastikan suhu penghawa dingin bangunan masing-masing tidak kurang 24 darjah celsius.

Ia sebagai langkah perintis pelan kecekapan tenaga yang mampu menjimatkan kos elektrik sehingga 7 peratus atau 2 juta Ringgit setahun bagi setiap bangunan.

Arahan itu dibuat Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ketika mempengerusikan mesyuarat Majlis Teknologi Hijau Dan Perubahan Cuaca, siang tadi.

Menurut Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui, Perdana Menteri mahu satu pelan tindakan dirangka bagi memastikan inisiatif itu mampu direalisasi dan dipantau secara teratur.

Ia termasuk mengkaji semula akta sedia ada untuk dikuatkuasakan menjelang 2013.

DATUK SERI PETER CHIN FAH KUI / MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR
YAB dah mengarahkan bahawa sebagai satu langkah yang bijak untuk mengurangkan atau mengadakan energy efficiancy, semua bangunan kerajaan akan di minta menaikkan, menetapkan suhu bagi bangunan kerajaan melalui surat pekeliling yang akan di keluarkan oleh KSN ialah tidak boleh turun daripada 24. 

24 darjah celsius, tahap suhu sesuai di negara ini berbanding negara China, menetapkan 26 darjah celsius.

Bagaimanapun, pengecualian akan diberi kepada bangunan yang memerlukan suhu lebih sejuk seperti hospital dan bilik pembedahan.

Ketika ini 40 hingga 60 peratus penggunaan tenaga di semua bangunan kerajaan membabitkan penghawa dingin.
fuuhhhh...kalau lah kat umah ni kena jugak arahan macam tu...memang tak tahan lah jawabnya kan....kalau malam boleh lah jugak..tu pon takda maknanya nak 24'C jer...

nak ikutkan plak hubby memang lagi suka ber aircond daripada kipas...yelah kan,terutamanya sensitif pada anak2nya...kalau guna kipas,kita mudah terdedah dengan habuk2....

anak2 apatah lagi ..Dhiya & Danish memang dah terbiasa dengan aircond dari lahir lagi...dan kebetulan agaknya diorang berdua ni memang kaki peluh..so memang aircond lah jawapannya...

Alhamdullillah sejak 2 bulan lepas Dhiya & Danish dah tido berasingan dengan kami...so setiap malam memang dua2 bilik pakai ekon...bilik anak2 & bilik kami...cuma biasalah hanya sesekali saja diorang kdg2 terbangun tengah malam terus ke bilik kami...terus lah diorang menumpang kat katil kami....sib baik lah katil king size ..so memang selesa walaupon berempat ...


Danish dah selamat tido dah....ni memang pic fresh dari oven hehe..malam ni punya pic...


makcik sorang ni masih lagi sibuk main2 walaupon dah kul 11 malam...

diorang dua2 kena tido kat bawah..sebab katil yang ada katil bujang jer lam bilik ni..kalau nak belikan katil besar,nanti takda ruang pulak untuk benda2 lain.....lagipon kalau ada katil besar pon memang takkan biarkan diorang berdua tido atas katil..mana taknya diaorg tido punyalah lasak...kalao diorg berdua tido ngan kami,memang sakit2 lah muka kena tendang,,,,

so katil kecik bujang lam bilik ni kalau makcik2 diaorg datang ( adik2 saya ),memang kat sini lah diorang tido sebab nak ber ekon.....+____+


ummi membebel2 lam blog..makcik Dhiya pon dah tido...baru leh tutup lampu bilik diaorg...

Gud Nite Dhiya sayang....Gud Nite Danish manja....Ummi & ayah sayang korang berdua...






4 comments:

Unknown said...

Hahaha..sekejapan jer Danish tu dah beralih arah...kompom tido lasak..heheheh..aku tak dapat nak bygkan suhu 24 tu. Mahunya migrain mokcik ni..skrg pon siap tambah kipas lg dlm bilik opis sebab aircond memalu kucing jer sejuknya...

sHi Ma said...

dah tido sendiri ye.. bagus2.. pasni asing bilik pula... (^^,)

Shyda luv Radzak said...

maria...danish mmg lasak betul..sama lah dhiya pon ..mmg sakit2 badan kalo tdo ngan diorg...

haah dpt aku b ygkan kalo suhu bilik 24 jer..adoiyaiii berpanaslah kan..

Shyda luv Radzak said...

shima..haah dah ajar dah so far setakat ni ok jer tak nangis..kalo terbangun pon pandai plak diorg carik ke bilik kami.....

nak aing2 setakat ni tak dpt sebab bilik yg 1 untu tetamu...1 lagi plak jd stor dah

MEMORY SONG between ME & HUBBY